Bahagia Dengan Anak-Anak, Erma Fatima Tak Fikir Cari Pengganti

Pelakon serba boleh, Erma Fatima mengakui dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti buat masa ini.

“ Secara jujurnya, saya dah tak fikir semua itu. Buat masa sekarang saya sangat bahagia dengan kehidupan solo.

“ Bukan apa, bukan mudah untuk mengenali hati budi seseorang. Saya rasa menyusahkan diri saja nanti. Nak kena belajar faham dia, nak faham kerenah dia…kena start all over again,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Permainan Mudah Alih, Mak Cun’s Adventure di Restoran Subak, sebentar tadi.

Ketika diusik sama ada mana-mana lelaki yang cuba mendekati Erma Fatima sejak kembali solo, beliau dalam nada berlawak memberitahu, “ Buat masa ini tiada langsung, tak ada siapa berani lagi,”

Beliau menegaskan fokus hidupnya kini adalah anak-anak.

“ Mereka adalah harta yang saya ada,” katanya.

Erma mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24 tahun, Ahmad Arir, 22 tahun, Ahmad Aifin, 20 tahun, Citra, 15 tahun, dan Nurain berusia 11 tahun.

Perkahwinan Erma bersama pengarah terkenal, Bade Azmi bertahan selama 26 tahun dan kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Ogos 2017.

SGMS Faida