Categories: Sihat

Sedapnya Minuman Untuk Ibu Hamil, Confirm Bayi Sihat Dan Kulit Pun Cantik

Dalam usaha mendapatkan kandungan yang sihat dan sempurna, proses penjagaan bermula seawal pra kehamilan. Untuk wanita hamil, terdapat beberapa jenis minuman yang bukan saja melegakan dahaga dan membuatkan si ibu bertenaga tetapi juga menyumbang nutrien-nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.

1. Air kelapa

Foto: inspirationtap

Satu minuman semula jadi isotonik, air kelapa membantu mengelakkan dehidrasi. Ia juga melegakan keletihan dengan menambahkan semula garam semula jadi hilang oleh badan apabila anda berpeluh. Ia adalah satu pilihan yang sangat sihat untuk melegakan dahaga anda ketika mengandung.

2. Air Putih

Semasa hamil, badan anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani perubahan badan anda. Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan untuk menjaga tubuh anda terhidrat. Air juga merupakan komponen utama susu ibu, dan penting bagi penghasilan susu badan yang baik.

3. Jus limau atau air limau

Jus limau atau air limau memastikan anda terhidrat dan menyediakan vitamin C yang membantu badan anda untuk menyerap zat besi dengan lebih berkesan. Anda boleh menghirup minuman di siang hari atau dengan hidangan anda. Dan jika anda sedang bergelut dengan morning sickeness, jus limau atau air limau dengan beberapa pudina dan halia dihancurkan boleh menjadi alternatif yang digalakkan.

4. Jus buah-buahan segar

Foto: A Side of Sweet

Jus segar daripada limau manis, limau, nanas, tembikai kasturi dan tembikai sangat bagus ketika cuaca panas. Jika anda memperoleh jus ini daripada buah-buahan segar sendiri, anda akan mendapat nutrien yang terkandung dalam buah-buahan itu. Jika anda membeli jus dari kedai, pastikan ianya mempunyai label ‘100% jus pada bungkusan. Jika tidak, anda mungkin berisiko mengambil kandungan gula yang tinggi berbanding khasiat buah-buahan.

5. Minuman berasaskan susu

Produk susu tinggi dengan kalsium, protein dan vitamin B-12. Dalam cuaca panas, susu skim sejuk, Lassi dan dadih adalah cara yang terbaik untuk kekal segar dan kekal terhidrat. Susu kocak atau smoothie buah-buahan yang dibuat dengan beberapa susu, dadih, ais dan buah-buahan ini dipenuhi dengan mineral dan nutrien. Semua ini adalah baik untuk menghidratkan badan anda dan juga untuk menyediakan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan. Walau bagaimanapun, minta nasihat doktor anda jika anda tidak toleran laktosa.

6. Sherbets buah

Selain daripada menyediakan pelbagai nutrien, sherbets buah dipercayai menyegarkan badan, menghidrat serta membantu ibu-ibu mengandung menghadapi morning sickness.

7. Jus sayur-sayuran 

Foto: YouTube

Jika anda menghadapi masalah mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam diet anda, cuba “minum” sayur-sayuran. Jus sayur-sayuran sejuk boleh menjadi lazat. Ini akan menyegarkan dan memberikan anda nutrien.

8. ‘Mocktails’ buah

Ibu mengandung memang tidak digalakkan langsung menyentuh minuman beralkohol. Alternatifnya, ambil mocktail buah ketika di majlis atau parti.

9. Air dengan buah-buahan sejuk beku

Membuat segelas air kosong lebih menyegarkan dengan menambah buah-buahan yang dibekukan seperti oren, lemon, kiwi, pic, aprikot dan plum, bukannya ketulan ais.

10. Teh ais

Foto: eat this

Berbanding kopi, ibu mengandung lebih digalakkan mengambil teh yang lebih kurang kandungan kafeinnya. Minuman ini juga boleh ditambil lemon atau limau untuk mengatasi rasa morning sickness.

Sumber: Baby Center

Yanie Baharom