Categories: FeaturedTrending

Maya Karin Ajak Orang Ramai Tandatangani Petisyen Untuk Selamatkan Alam Sekitar Di Malaysia

Selain bakat lakonannya, selebriti kacukan yang gorgeous ini memang terkenal dengan dedikasinya terhadap penjagaan alam sekitar.

Itu sebabnya Maya Karin menyokong sangat tindakan persatuan Society for Conservation Biology (SCB) yang meminta agar kerajaan Malaysia tubuhkan sebuah kementerian yang khusus dalam alam sekitar.

“Dalam usaha untuk membina semula negara, kami secara ikhlasnya berharap bahawa Pakatan Harapan tidak akan melupakan kepentingan untuk melindungi sumber-sumber alam, biodiversiti dan alam sekitar negara kita untuk kesejahteraan rakyat dan sebagai warisan untuk generasi masa depan kita,” kata kumpulan tersebut.

Bagi meneruskan usaha mereka, SCB telah memulakan sebuah petisyen online di change.org yang bertajuk “We need a dedicated ministry for the Environment in the Government of Malaysia!”

Maya telah berkongsi link ke petisyen ini di akaun Twitternya dan mengajak orang ramai supaya sama-sama beri sokongan kepada SCB.

“Kami sedang cuba capai 20,000 tandatangan agar kami dapat membuat sebuah impak. Petisyen ini ada dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Tamil dan Mandarin.

“Tolong terus kongsikan informasi ini dan galakkan orang ramai untuk tandatangan. Kami perlukan semua bantuan anda,” tulisnya.

Kini lebih 27,000 tandatangan sudah pun diperolehi. Target SCB sekarang ialah 35,000.

Anda juga boleh menyertai kempen ini dan secara tak langsung menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar negara kita.

Akhirnya nanti, kita juga yang mendapat faedahnya, so why not? Sila layari laman web ini untuk tinggalkan tandatangan anda. 

Ad Ops