Categories: FeaturedTrending

Meghan Markle Tak Dapat Menahan Gelak Bila Seekor Lebah Menganggu Harry Berucap

Punyalah manis si pengantin baru, sampai lebah pun nak hinggap. Begitulah insiden lucu yang berlaku kepada Putera Harry ketika beliau berucap di hadapan khalayak buat pertama kali selepas pasangan itu berkahwin hujung minggu lalu.

Keadaan itu membuatkan aktres Meghan Markle tidak dapat menahan lagi untuk senyum dan ketawa apabila suaminya dilihat terganggu dengan aksi seekor lebah yang berterbangan sekitar telinganya.

Di samping Meghan turut kelihatan Duchess of Cornwall, Camilla Parker Bowles di sebuah majlis di Istana Buckingham di London, United Kingdom.

Foto : Mirror UK

Duke dan Duchess of Sussex yang berkahwin pada Sabtu itu masih menjadi perhatian dunia, tetapi ‘pengunjung tidak diundang’ itu nampaknya mencuri tumpuan semasa Putera Harry berucap.

Ketika ‘gangguan’ itu, Putera Harry sedang berucap di hadapan kira-kira 6, 500 tetamu bagi memberi penghargaan buat bapanya sempena ulang tahun ke-70.

Beliau kemudiannya terpaksa bersuara dan berkata “lebah ini betul-betul kenakan saya” dan jenaka Putera Harry itu kemudian mengundang gelak tawa tetamu. 

Sumber Artikel: Mirror UK

Sumber Video : YouTube

Yanie Baharom