Hiburan By: SGMS Faida April 30, 2019 @ 6:55pm

Baim Wong Gembira Isteri Mula Masuk Dapur

Pelakon Indonesia Baim Wong teruja apabila isterinya yang merupakan model catwalk, Paula Verhoeven kini sedang giat belajar memasak.

Kata pelakon berusia 37 tahun ini, dia gembira melihat perubahan positif yang dilakukan oleh isteri tercinta.

“ Pagi-pagi dia siapkan makanan untuk saya. Dia sedar apa yang dilakukannya terhadap suami akan mendatangkan pahala. Dia juga kini sedang belajar mengaji dan ada guru agama yang datang ke rumah,” katanya kepada portal Kompas.com.

Baim juga menafikan bahawa dia yang menyuruh isterinya untuk belajar memasak sedangkan kesedaran itu datang daripada Paula sendiri.

“ Saya selalu bergurau di dapur ‘Ayo dong cuba memasak’, tak sangka dalam nada gurau dia akhirnya rajin masuk ke dapur dan mencuba menu-menu baru daripada sumber Internet dan rakan-rakan,” katanya.

Pelakon filem Ambu ini juga terkejut apabila mencuba masakan Paula, ternyata hidangannya tidak kurang hebat.

“ Pernah juga masin tapi selebihnya okay. Kalau masin, dibuang. Tetapi kalau enak, saya pasti makan. Yang penting usahanya,” katanya yang menggemari menu berasaskan daging lembu yang dimasak Paula.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 22 November 2018 di dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di The Tribata, Jakarta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 7 May 2022

“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Siti sendiri tak kisah nak panggil beliau Tokti dan isu ini hanya perkara remeh baginya…

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tahniah! Fizi Ali Bakal Jadi Papa

Doakan yang baik-baik. Masih awal untuk bercerita tentang hal ini, doakan ya…

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

Hero Muzik Video Semakin Terjawab, Bukan Remy Tapi Syafiq Kyle!

Sarah juga tidak menolak seandainya tontonan muzik video ini berjaya menarik perhatian penonton, Syafiq adalah ‘pelarisnya’.

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Tiada Niat Perli ‘Penunggang’ Agama

Itu hanya cebisan daripada realiti hari ini kerana di luar sana, masih ramai yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka untuk menegakkan agama…

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Sun, 21 Jul 2019