Hiburan By: Salma Syahbuddin September 11, 2023 @ 4:30pm

Baju Pink Sendat Jadi Usikan, Shila Amzah Rehat Guna Media Sosial? – “Ia Menjadi Tempat Agak Toksik Untuk Saya”

Penyanyi popular, Shila Amzah memaklumkan dia akan berehat menggunakan platform media sosialnya buat sementara waktu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shila menjelaskan tindakan itu dibuat selepas merasakan platform tersebut menjadi tempat yang agak toksik buat dirinya.

“Saya akan berhenti dan memadam media sosial saya buat semenatra waktu.

“Ia telah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya berada.

“Jadi saya chow (pergi) dulu. Jaga diri semuanya dan semoga hari-hari anda baik sahaja, “ katanya.

Meskipun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tindakan tersebut dibuat, namun ramai yang beranggapan Shila mengambil keputusan untuk berehat  selepas pakaiannya ketika membuat persembahan pada konsert HausBoom yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini dikritik.

“Tummy, kita geng!

“Cubalah pakai baju hitam. Malu,” komen netizen.

Pada konsert itu, Shila tampil memakai baju berjaket berwarna merah jambu yang dipadankan dengan kemeja polos berwarna krim.

Namun, pakaian tersebut mengundang kritikan dalam kalangan netizen disebabkan baju tersebut kelihatan ketat sehingga memperlihatkan bahagian perut dan punggungnya terutamanya ketika beraksi di atas pentas membawakan lagu Pelukan Angkasa bersama Kumpulan SOG.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Trending Wed, 28 Aug 2019

“Terima Kasih”, Firefly Airlines to Give Back to the Community

Firefly Airlines remind us on the basics of the briefest etiquette with ‘Terima Kasih’.

Trending Mon, 15 Jun 2020

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Ini mungkin maklumat yang bagus untuk anda!

Hiburan Sat, 21 Dec 2019
Hiburan Fri, 13 Sep 2019

“Padanlah Permaisuri Agong Pun Tutup Akaun!” – Datin Alyah

Bila ‘keyboard warrior’ menyerang lagi….

Trending Tue, 13 Jul 2021
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Featured Tue, 9 May 2023