Bakal Bergelar Bapa, Adam Corrie Akhiri Penantian 10 Tahun

Pelakon lagak aksi dan terkenal dengan watak-watak antagonis ini bakal bergelar bapa selepas 10 tahun penantian beliau dan isteri. Adam Corrie yang begitu popular menerusi filem KL Gangster ini telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi laman sosial Facebook dan juga Instagram milik beliau.

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas Kurniaan-Mu. Terima Kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah. Allah bagi honeymoon 10 tahun berdua. Insya-Allah kelak bertiga pula. Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama”

“Ya Allah semoga Engkau memberikan bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi, perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca Al-Quran dan tinggikankanlah darjat dan luaskanlah rezekinya. Dan, jadikanlah bagi manusia yang selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah.”

“Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga. Aamin allahumma aamin. I love you @puan _fazi_fuad . Tulisnya.

Dengan hashtag #adamcorrie #bakaljadiayah, entri tersebut telah menarik perhatian followers beliau dengan mendapat 44, 513 likes.

Tahniah Adam Corrie dan isteri!

Salma Syahbuddin