Tolong henti buat andaian sendiri, jumlah hantaran bukan puncanya!

“ Bukan jumlah wang hantaran tinggi menjadi puncanya,” luah penyanyi Sufian Suhaimi yang menepis spekulasi mengenai pertunangannya dengan pelakon Elfira Loy yang putus di tengah jalan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Terasa Ada ini hairan dengan sesetengah pihak luar yang tampil dengan ‘kesimpulan’ tersendiri, ibarat mengetahui segala-galanya tentang apa yang terjadi.

Ada khabar yang mengatakan hubungan mereka terlerai dek jumlah hantaran yang terlalu tinggi sehingga pihak Sufian tidak mampu menyediakannya.

” Ramai orang mahu jadi yang pertama, seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku. Tak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, tiada kena mengena pun.

” Sila berhenti membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira,” katanya.

Jelasnya, selama ini, tiada jumlah wang hantaran tepat yang ditetapkan, sebaliknya beliau perlu membaca sebuah surah sebagai syarat memiliki gadis berkening lebat itu.

” Sebelum berkahwin dengan anaknya, ibu Elfira ada letak syarat seperti saya perlu menghafal Surah al-Mulk, selain menabung sejumlah wang setiap hari,” katanya.

Memetik laporan di Berita Harian, Sufian turut meminta netizen menghentikan jenaka yang berkait dengan isu ini agar tidak terus disensasikan.

“Dalam hal ini, ia tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Saya maafkan mereka kerana masing-masing tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.

Sufian kini tampil dengan single Di Matamu dan menariknya video tidak rasmi lagu ini dah trending nombor satu di YouTube. Tahniah Sufian!

SGMS Faida