Bakal Berkahwin Tahun Ini, Mimi Lana Mengaku Jatuh Hati Dengan Syafiq Kyle Sebab…

Baru-baru ini, pelakon kacak Syafiq Kyle memaklumkan bahawa akan menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, Mimi Lana pada hujung tahun ini.

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Mimi Lana Bakal Akhiri Zaman Bujang Tahun Ni

Sehubungan itu, menerusi temu bual sebuah portal bersama kekasihnya, Mimi Lana yang dimuat naik semula oleh akaun TikTok @Syafiyhiv3y, aktres itu mendedahkan faktor yang membuatkan dirinya jatuh hati dengan Syafiq.

Jawab Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 28, dia menyatakan bahawa dia memilih Syafiq Kyle kerana personalitinya bukan semata paras rupa.

“Sebab dia baik, yang baik itulah yang saya suka,” kata Mimi.

Jelasnya, kalau sekadar memandang paras rupa, ramai lelaki di luar juga memiliki kekacakan tetapi tidak mempunyai personaliti seperti yang dimahukan.

“Sebab kalau kita nak cari yang handsome handsome, ramai je yang handsome dekat luar tu.

“Untuk kita cari yang baik tu, susah sebenarnya,” ujarnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Mimi Lana malah mereka menyatakan pelakon itu beruntung kerana mendapat lelaki yang kacak dan berpersonaliti baik.

Tidak kurang juga ada yang mencemburui pasangan sejoli tersebut.

Atiqah Johari