“Pakai Sport Car Tapi Dapat…” – Banding Kekayaan Dengan Aliff Awang, Individu Didakwa Hina Status Fatin Afeefa?

Baru-baru ini, ada individu berkongsi sebuah video di akaun TikToknya membandingkan dirinya dengan suami pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang.

Apa yang menjadi menarik perhatian adalah individu lelaki tersebut membuat perbandingan kekayaan antara Aliff dengannya.

Kata individu itu, Aliff mempunyai sport car tetapi dapat mengahwini janda anak dua manakala dirinya hanya menggunakan motosikal kapcai mendapat kekasih dari luar negara.

“Ini Opai, dia pakai sportcar, dapatlah merasa janda anak 2.

“Koi pakai kapcai je, bahagia je dengan awek-awek import,” ujarnya.

Malah, individu itu turut menyatakan bahawa terdapat dua jenis perempuan di dunia dan meminta warganet untuk menyambungkannya.

“Moral of the story: Ada 2 jenis perempuan je dalam dunia ini. Sila sambung…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen pula, ada warganet menyambung kapsyen pemilik akaun tersebut dengan menyatakan terdapat dua jenis perempuan iaitu mata duitan dan setia hingga hujung nyawa serta memetik akaun Fatin.

Tidak berdiam diri, Fatin membalas komen warganet tersebut dengan mengucapkan terima kasih kerana menghinanya atas sebab dirinya pernah berstatus ibu tunggal.

“Saya tak kacau awak, kenal awak pun tidak. Awak hina saya macamni, cuma sebab status saya ibu tunggal, terima kasih,” balas Fatin.

Gara-gara itu, warganet meminta Fatin untuk memfailkan saman terhadap individu itu, namun Fatin menyatakan bahawa dia tidak mahu membuang duit kerana individu itu sendiri tidak akan mampu membayar saman.

Atiqah Johari