Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Pelakon terkenal, Idris Khan, 33, menyedari namanya sedang diburu media akibat terpalit kontroversi berhubung isu saman daripada syarikat produksi terkenal, A. Aida Productions kerana disyaki melanggar kontrak perjanjian.

Susulan itu, Idris berkata dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu saman melibatkan drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali dalam masa terdekat ini.

“Saya tiada komen.. tunggu kenyataan rasmi daripada pihak kami,” katanya.

Dalam satu sidang media tergembar yang diadakan di ibu kota pada petang Jumaat, penerbit tersohor, Datuk A. Aida mendedahkan dua pelakon terkenal iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan bakal disaman akibat melanggar kontrak perjanjian.

A. Aida mendakwa Idris menarik diri daripada menjadi hero dalam drama tersebut ketika tarikh penggambaran sebenar bakal berlangsung, iaitu pada 16 Jun.

Difahamkan, syarikat penerbit A. Aida Productions (AAP) kerugian praproduksi sebanyak lebih kurang RM150,000.

Artikel Berkaitan: “Melampau! Nama Mereka Mula Meletup Sebab Drama Saya!” – Tarik Diri Saat Akhir, A.Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan

Sumber: Utusan Malaysia

Aqilah Paharuzi