Hiburan By: SGMS Enal July 31, 2019 @ 2:00pm

Bakal Kahwin Tahun Depan, Zara Zya Tak Harap Ditaja

Meskipun perancangan untuk mendirikan rumah tangga terpaksa ditunda ke tahun hadapan gara-gara jadual kerja terlalu padat, pelakon Zara Zya mengakui, dia dan kekasihnya, Hafreez Adam tetap berusaha merealisasikan impian suci mereka.

Zara, 34, berkata, dia dan Adam, 29, tidak pernah main-main, terutama dalam hal berkaitan perkahwinan, namun kesibukan kerja membuatkan segala persiapan tidak mampu diuruskan dalam masa terdekat.

“Adam sedang menghabiskan penggambaran drama 80 episod, Puteri Yang Ditukar, disusuli sebuah lagi drama 30 episod.

“Saya pula sedang menjalani penggambaran drama 20 episod, Elegi Mamat Romantik, arahan Harris Fadzillah.

“Rezeki yang ada ini, kami kumpul untuk berkahwin nanti. Kami tidak mahu mengharapkan tajaan, malah selesa jika majlis kami nanti hanya ringkas.

“Jika boleh, kami mahu menggunakan duit sendiri, tanpa tajaan mana-mana pihak,” katanya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia dan kekasihnya tidak kisah menangguhkan majlis perkahwinan mereka kerana enggan terburu-buru menaiki pelamin.

“Bagi saya, tidak lari gunung yang dikejar. Saya juga tidak pernah memaksa Adam, malah memberinya ruang terlebih dahulu menyelesaikan tanggungjawab.

“Saya bagaimanapun, tidak menafikan, perasaan resah semakin memuncak, biarpun perkahwinan dijangka berlangsung tahun depan.

“Saya risau apabila kerap diasak persoalan, bila mahu berkahwin? Kerja pula tidak pernah habis. Selain berlakon, saya sibuk menguruskan beberapa perniagaan, termasuk restoran dan produk pelangsingan badan,” katanya.

Wanita kelahiran Lenggong, Perak itu berkata, dia bersyukur hubungannya dengan Adam tidak berdepan masalah, biarpun mereka jarang bertemu dan keluar bersama.

“Hubungan saya dan Adam bukan seperti pasangan kekasih lain, yang selalu bertemu dan meluangkan masa bersama. Kalau jumpa, itu pun hanya untuk makan-makan.

“Dahulu, saya ingatkan Adam hanya bergurau apabila meluahkan hasrat mahu bertemu ibu bapa. Tetapi, dia betul-betul ikhlas dalam perhubungan kami.

“Sebelum ini, saya tidak fikir dia serius kerana kami jarang keluar berdua. Saya dan Adam hanya betul-betul bercinta selepas kami berkahwin nanti,” katanya.

Zara juga percaya, apabila berjauhan dan jarang bertemu, ia menimbulkan perasaan rindu yang mendalam di jiwa.

“Jika selalu bertemu, cepat pula rasa bosan. Kami lebih selesa dengan keadaan sekarang. Jarang bertemu bukan bermakna kami tidak serius dalam perhubungan.

“Saya sukakan Adam kerana kematangan dan sikapnya yang mengutamakan keluarga. Adam bukannya lelaki yang suka melepak tidak tentu hala.

“Setiap kali berbual, kami akan berbincang soal masa depan, bukan borak kosong. Dia juga kelakar dan kuat mengusik, selain romantis,” katanya yang dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32).

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

WOW! Diva AA Jadi Tumpuan Di Hari Penamaan Calon

Untuk pengetahuan semua, Azwan memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991. Namun, Azwan lebih meminati dengan dunia penyiaran.

Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Selebriti Fri, 7 Jul 2023
Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Aina Abdul Letak Harapan Tinggi Untuk Lagu Terus Hidup

Penyanyi terkenal, Aina Abdul meletakkan harapan tinggi terhadap karyanya yang berjudul Terus Hidup di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) nanti. Menurut Aina, karya Terus Hidup ini merupakan karya yang paling disayanginya dan mahu berusaha […]

Featured Tue, 19 Jul 2022

Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

“Berkenalan sejak Mei lalu. Mangsa dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim..” – Timbalan Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi

error: Content is protected !!