Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Selepas berita perkahwinannya tular di platform media sosial sejak 26 November lalu, penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) seakan memberikan hint bahawa dakwaan tersebut adalah benar.

Memetik laporan Insertlive, berita perkahwinannya itu juga telah mendapat restu daripada ibu arwah Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman.

“Saatnya untuk move on… Kami bersamamu Bunga,” katanya.

Walaupun sudah empat tahun pemergian Ashraf, namun keluarga arwah sentiasa dilihat memberikan sokongan terhadap Bunga termasuklah hadir pada konsert intimate Blossom Bunga Citra Lestari yang berlangsung Januari lalu.

Malah, ibu dan bapa arwah juga kelihatan sering berkunjung ke Jakarta untuk melawat menantu dan cucunya itu.

Terdahulu, pelantun lagu 12 Tahun Terindah itu dikhabarkan bakal menamatkan zaman jandanya pada 2 Disember depan di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia.

Malah, perkahwinan eksklusif itu juga hanya dihadiri 100 tetamu sahaja terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak termasuklah rakan rapat pasangan tersebut.

Sekadar info, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengacara,  Ashraf Sinclair yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan tersebut,  pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair, 12.

ARTIKEL BERKAITAN:Bunga Citra Lestari Sudah Move On – ” Saya On The Way Menuju Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Bunga Citra Lestari Akhirnya Buka Mulut Tentang Pemergian Suami Tercinta

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Ashraf Sinclair Akan Menetap Di Indonesia Bersama Bunga Dan Noah?

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Lagi Berselindung, BCL Sambut Raya Berpakaian Sedondon Dengan Kekasih Hati Curi Perhatian Ramai

ARTIKEL BERKAITAN:Tiko Pilihan Hati Bunga Citra Lestari, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali

 

Sumber: Insertlive

Salma Syahbuddin