Featured By: Aqilah Paharuzi July 7, 2022 @ 8:25pm

“Balik Rumah Sol, Hargai Dia Sebelum Terlambat..” – Syamsul Yusof Didakwa ‘Istidraj’… Akui Penat Hadap Pelbagai Kontroversi

Kontroversi membabitkan pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang didakwa ‘curang’ terhadap rumah tangga yang dibina bersama pelakon jelita Puteri Sarah Liyana.

Pengarah filem Mat Kilau itu menyedari ada segelintir pihak yang menganggap dirinya ‘istidraj’ atas kejayaan yang dimilikinya ketika ini.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Syamsul, 38, berkata dia sentiasa takut dengan setiap kejayaan diperolehinya serta mengharapkan Allah SWT memberkati rezeki yang diterima itu.

“Kita bukan Tuhan. ‘Don’t take a religion in the wrong way’. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musuh, kata Allah laknat.

“Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.

“Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.

“Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem Munafik 2 dulu berjaya, saya takut. Ini pula, Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah,” ujarnya.

 

Mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya, Syamsul tidak menafikan dia berasa amat penat dengan kontroversi melanda dirinya dan isteri.

Tinjauan di ruangan komen portal berita Harian Metro, ramai dalam kalangan netizen yang meminta agar Syamsul kembali kepada pangkuan isteri dan anak-anaknya yang sentiasa menyokong setiap kejayaannya.

Dalam pada itu, menyedari pelbagai kritikan negatif diterimanya susulan kejayaan dinikmati, Syamsul mengakui dia reda dengan apa yang akan berlaku.

“Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, ‘ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas.

“Apabila dah laku (Mat Kilau), ‘istidraj’. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga,” katanya akur dengan proses kehidupan dilalui kini.

Sebelum ini, isterinya Puteri Sarah memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story miliknya yang seakan memberi pesanan kepada suaminya mengenai istidraj.

Namun begitu, aktres jelita itu tidak menjelaskan hantaran tersebut ditujukan kepada mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hati-Hati Dengan Istidraj… Puteri Sarah Tak Kisah Jika Syamsul Mahu Bayarkan Saman Ira Kazar

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!

Trending Mon, 11 Jan 2021
FESYEN Fri, 12 Jul 2019

It’s Not TeaLive But Tea Hair, This Peculiar Hair Color Went Viral On Social Media

People is taking Bobba tea to another different level!

Hiburan Thu, 22 Aug 2019

BTS ARMY! Peminat Jimin Bangga, Raih King Of K-Pop 2019

Peminat Jimin confirm histeria kan?

Hiburan Tue, 17 May 2022
Trending Wed, 14 Apr 2021
Featured Fri, 8 May 2020