Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 29, 2022 @ 3:03pm

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar telah berkongsi di akaun Instagram mengenai kejadian ngeri yang berlaku kepada dirinya dan anak perempuannya, Laana Haura semalam.

Namun, insiden dipukul dan cubaan culik anaknya telah dikaitkan dengan bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.

Memetik laporan Harian Metro, Hafiz didakwa terlibat dengan kejadian tersebut seperti yang ditulis warganet di ruangan komen hantaran Lufya.

Tampil bersuara, dia menafikan bahawa insiden tersebut mempunyai kaitan dengan dirinya seperti yang didakwa dan menganggap tuduhan tersebut bersifat fitnah.

“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.

“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.

“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” ujarnya.

Malah, Hafiz turut menjelaskan bahawa dia mendapat tahu mengenai insiden yang menimpa bekas isteri dan anaknya itu apabila dimaklumkan oleh pengguna laman sosial yang menghantar direct message (DM) di Instagramnya.

“Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang ‘forward’ perkara itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya.

“Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja.

“Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jenayah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibelasah Guna Kayu.. Anak Perempuan Hampir Diculik! Lufya Omar Kongsi Momen Berdepan Detik Cemas

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

张祖诚比赛唱一半中断!全场评审傻住

大马创作歌手张祖诚在24日播出《不凡的改变》中,致敬周蕙《好想好好爱你》,他的微醺嗓音,让所有评审包括原唱周蕙都按铃通过。没想到当最后一位评审按铃,全场灯亮时,张祖诚却突然停下来傻笑,引起现场一片惊呼。

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Terbaik! Ini Cara Kris Dayanti Bantu Mangsa Gempa Bumi Lombok

Difahamkan, penyanyi ini telah melelong sepasang kasut jenama Christian Louboutin miliknya pada harga 6 juta rupiah (RM1,600).

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

3 Drama Rantaian Hebat Bakal Buat Penonon Melekat Di TV3!

TV3 tidak pernah menghampakan jutaan peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah yang mengetengahkan jalan cerita yang segar dan menarik. Terbaharu di bulan Ogos, slot Sakura memaparkan kisah seorang gadis yang bertemu dengan jejaka idaman […]

Trending Mon, 18 Jun 2018

Will Malaysia’s Democracy Regress Like Our Asian Neighbours’?

History has a knack of repeating itself. Could this be a horrifying premonition for the future of our country?

error: Content is protected !!