Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 28, 2022 @ 7:21pm

Dibelasah Guna Kayu.. Anak Perempuan Hampir Diculik! Lufya Omar Kongsi Momen Berdepan Detik Cemas

Pelakon Lufya Omar mendedahkan dirinya berdepan detik cemas apabila seorang lelaki berbadan sasa cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Lufya berkata dia dipukul oleh lelaki tidak dikenali menggunakan sebatang kayu sehingga mengakibatkan kecederaan di kepala, badan dan wajah.

“Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara lebih kurang jam 4 ke 5 petang.

“Seorang lelaki yang bersifat dayus memukul saya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar bersyukur mereka dua beranak selamat daripada kejadian ngeri itu.

“Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. I’m a fighter! Terpanggil nak kongsi sesuatu yang penting untuk kita semua,” kata Lufya.

Pelakon berusia 37 tahun itu memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan wajahnya mempunyai kesan luka seperti dicakar berpunca daripada kejadian menakutkan itu.

Sementara itu, Lufya turut memberi pesanan agar golongan wanita di luar sana untuk mempunyai ilmu seni mempertahankan diri supaya bersedia jika berdepan situasi sedemikian.

“Apa yang saya nak sampaikan kat sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita ni wanita yang lemah kita kena ada ilmu mempertahankan diri.

“Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya. Syukur Alhamdulillah.. sebagai iktibar kita perlu selalu berjaga-jaga.

“Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Oct 2022
Hiburan Thu, 1 Jan 2026

Cancel Culture Tanpa Belas, ‘IDOL I’ Dedah Realiti Gelap Dunia K-Pop… Strim Di Tonton Sekarang!

IDOL I bongkar sisi gelap dunia K-pop bila seorang idola tiba-tiba jadi suspek pembunuhan dan cancel culture menghukum lebih cepat daripada keadilan.

Featured Wed, 20 Feb 2019
Featured Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] “Saya Masih Single Okay!” – Ira Kaza

Tuan badan dah buka mulut bagi ‘hint’ tu, harapnya semua baik-baik saja 😊

Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Trending Wed, 27 Nov 2019

Agnez Mo, Whom Was Agnes Monica Claimed To “Not Have Indonesian Blood Whatsoever” After Made It In The US

That is a big claim and what she has said sparks racial debate on social media.

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Mawar Rashid Timang Anak Perempuan, Tahniah!

Alhamdulillah, mesti cute macam mama dia kan?

error: Content is protected !!