‘Balut Dengan Tisu, Ikat Dengan Getah’- Karl Shafek Terkejut Lihat Keadaan Bapa Tertetak Jari

Pengacara Karl Shafek Ibrahim berkongsi luahan rasa apabila jari bapanya terpaksa dipotong akibat kecederaan serius baru-baru ini.

Kata pengacara berusia 39 tahun ini, dia terkejut bagaimana bapanya boleh menahan sakit seharian selepas tertetak jari sendiri.

“ Sabtu lepas dia kupas kelapa guna parang sebab dia nak minum air kelapa muda. Nak jadikan cerita dia tertetak jari dia tu. Tapi dia relax je senyap-senyap tak bagitahu sesiapa.

“ Bila mak balik, dia tanya kenapa jari berbalut, abah jawab luka sikit je. Yang bestnya dia cuma balut dengan tisu tebal-tebal, lepastu ikat dengan getah,” tulisnya di Instagram.

Tambah Karl, bapanya dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan tanpa henti pada malam semalam.

” Baru la semua tahu betapa teruknya jari dia tu. Tapi dah terlambat, doktor memang tak boleh sambung sebab sel sel semua dah mati.

“ Jadi abah redha la, dia siap gelak je sembang dengan doktor tadi,” katanya. 

Sementara itu, pengacara CJ Wow ini turut mempersoalkan bagaimana bapanya boleh menahan sakit selama dua hari tambahan beliau bukanlah seseorang yang gemar menelan pil tahan sakit. Semoga cepat sembuh, Insya Allah! 

SGMS Faida