Pelakon dan penyanyi Abby Abadi memaklumkan bapanya, Abdul Manan telah meninggal dunia, sekitar jam 9 pagi tadi, Selasa.

Berita duka itu telah dikongsikan oleh Abby menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Menurut Abby, bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 selepas Zohor nanti.

“Jenazah Ayah akan dimandikan di Masjid Assobirin AU5C & akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4 ya, selepas Zohor nanti.. Yang kenal arwah ayah, nak berikan penghormatan terakhir jemput datang ke masjid ya,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Abby juga sempat berkongsi peribadi bapanya semasa hayatnya dan berterima kasih kepadanya.

“Terima Kasih Allah untuk 87 tahun ini. Saya bersaksi bahawa Ayah ini menjaga saya dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada anak-anaknya.

“Banyak sifat baik Ayah, tapi yang dapat dekat saya ialah Ayah suka bersedekah. Walaupun tak banyak mana, tapi Ayah suka berbelanja untuk memberi pada orang lain…

“Memang ada yang kurang sebab Ayah anak ramai.. tapi untuk bahagian saya, saya merasa cukup.. Terima Kasih Ayah. Sungguh Adik rinduuuuuu,” katanya.

Fatin Nurain