Bapa Aman Nassim Meninggal Dunia

Baru genap seminggu bergelar suami, pelakon Aman Nassim diduga dengan pemergian ayah tercinta, Nassim Haroon yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.35 petang, semalam.

Nassim mengidap kanser usus tahap empat meninggal dunia di sisi semua keluarga di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

“Saya sempat membisikan dua kalimah syahadah ke telinga arwah sehinggalah ‘putus nyawa’.

“Selama tempoh menjaga arwah di hospital, itulah kenangan terakhir yang tidak dapat dilupakan.

“Arwah banyak beri nasihat pada waktu itu dan paling tidak boleh dilupakan apabila arwah sangat teruja untuk majlis perkahwinan saya.

“Macam-macam kelengkapan termasuk pakaian baru dibelikan untuk saya dan ahli keluarga lain,” kata anak saudara penyanyi popular era 1980-an, Salwa Abdul Rahman.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Alif, Johor Bahru, tengahari ini.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Hidayah Idrus dan dua anak hasil perkahwinan bersama Laila Abdul Rahman namun meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2006, iaitu Aaron Nassim dan Aman Nassim.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida