Bapa Disondol Rakan Baik? Shila Amzah Kekal Kunci Mulut, Mohon Beri Masa & Ruang

Penyanyi Shila Amzah enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hantaran yang dibuat ibunya, Datin Fauziah Sarman mengenai pendedahan wujudnya orang ketiga dalam keluarga mereka baru-baru ini.

Menurut Aini Shuhadah yang juga pengurus peribadinya, Shila memohon maaf kepada semua pihak, kerana dalam masa terdekat ini dia enggan memberikan  komen mengenai hal tersebut.

Menerusi maklum balas dalam aplikasi WhatsApp, Aini juga memaklumkan, Shila memohon agar diberikan ruang dalam menghadapi waktu sukar begini.

“Saya Aini pengurus peribadi kepada Shila. Minta maaf banyak-banyak, Shila tak dapat memberi apa-apa kenyataan buat masa sekarang”.

“Beri Shila sedikit masa ya,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, penyondol yang dimaksudkan itu juga merupakan rakan sekolah Shila, selain didakwa kerap berkunjung ke kediaman mereka.

Bahkan, Shila sebelum ini pernah membuat kenyataan di Instagram miliknya bahawa dia sedang mencari individu bernama Siti Munirah namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut sebab disebalik pencariannya itu.

Terdahulu, isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala seakan mengesahkan spekulasi rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga apabila dia memuat naik foto hitam putih yang dipercayai gambar passport seorang wanita beserta kapsyen yang mengundang persoalan.

“Penyondol… Siti Munirah Abd Ghani ndlalaofficial,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram?

ARTIKEL BERKAITAN: “Ketika Bijak Itu Diinjak, Bicaralah!”- Suami Didakwa Nikah Wanita Muda, Status Ibu Shila Amzah Raih Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN:“Ada Perkara Lama Yang Dirindukan, Tapi Tak Dapat Berulang Kembali” – Status Isteri ND Lala Cetus Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN:Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

 

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin