“Gangguan Misteri Ni Sejak Abam Meninggal” – Dakwa Terkena Sihir, Hidayah Minta Bantuan Rawat Diri & Anak

Balu kepada Allahyarham Abam, Siti Nor Hidayah Mohd Ali mendedahkan bahawa dirinya terkena perbuatan sihir dan gangguan misteri sejak kematian suaminya.

Lebih parah, Hidayah juga mendakwa bahawa sihir tersebut turut terkena pada anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4 tahun.

“Gangguan misteri ini sejak arwah suami Dayah meninggal sampailah sekarang.

“Mohon kepada sesiapa yang dapat membantu Dayah dan Hamzah” jelasnya.

Menerusi video perkongsian di Instagram, Hidayah meminta bantuan sesiapa yang pakar dalam perubatan islam untuk merawat sihir pada dirinya dan anak.

“Assalamualaikum semua Dayah nak minta pertolongan sangat kepada sesiapa yang ada pakar perubatan islam ke, ustaz ke ustazah ke yang mempunyai kepandaian merawat misteri, sihir.

“Yang boleh mengubati masalah Dayah dan Hamzah disihir,” katanya.

Sekadar info, Hidayah berkahwin dengan Abam pada 2017.

Namun, pada 2020 lalu, Abam telah kembali ke rahmatullah akibat demam panas.

Atiqah Johari