Cover Lagu Raya Sudirman Versi Acapella, Peminat Label Hannah Delisha Cukup Pakej – “Cantik, Suara Merdu, Bijak!”

Pelakon jelita Hannah Delisha tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas menunjukkan bakat nyanyiannya di TikTok, baru-baru ini.

Umum tahu, Hannah turut mempunyai kebolehan menyanyi dan sudah memiliki beberapa single yang mampu menarik perhatian pendengar.

Menerusi perkongsian di TikTok, Hannah telah memuat naik videonya mendendangkan lagu Dari Jauh Kupohon Maaf nyanyian asal Datuk Sudirman Haji Arshad.

“Dari jauh Hannah nak pohon ampun maaf. Maafkan Hannah okay kalau ada salah silap,” tulisnya.

@hannahdelishaofficial Dari jauh Hannah nak pohon ampun maaf. Maafkan Hannah ok kalau ada salah silap. 🥹🙏🏻 Btw korang tahu tak ni lagu siapa yang Hannah buat cover? Hehe Tak sabar nak jumpa korang dekat @Absolut Bazaar X Gaya Raya ok 14 – 17 April nanti dekat MITEC. 🫶🏻 OK now Hannah nak challenge @Hael Husaini pulak buat cover lagu raya klassik. 😂 #absolutbazaarXgayaraya #InspirasiRaya #SembangRaya #SembangEntertainment #MusicOnTrend ♬ original sound – hannahdelishaofficial

Mendengar kemerduan suaranya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya tersentuh dengan nyanyiannya menerusi ruangan komen.

Malah, ada juga yang menganggap aktres jelita itu mempunyai pakej yang lengkap kerana berbakat besar dan cantik.

Fatin Nurain