Bapa kepada penyanyi terkenal, Tomok dilaporkan meninggal dunia, sebentar tadi.

Berita sedih ini disahkan oleh Tomok sendiri menerusi laman Instagramnya.

“ Assalamualaikum… ayah saya Ismail Bin Salam telah pulang ke rahmatullah baru sebentar tadi. Arwah akan dikebumikan di masjid Alam Damai pada petang ini. AL- FATIHAH…AYAH,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Tomok memaklumkan arwah bapanya diserang strok 13 November 2017 yang menyebabkan sebelah kanan badan hingga kaki tidak boleh bergerak.

Tambahnya, strok turut menganggu percakapan arwah sebelum ini. Al- Fatihah, semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman.

SGMS Faida