Events By: SGMS Faida November 20, 2018 @ 2:39pm

Barisan Penyanyi Nasyid Terkenal Di Hubbu Rasul 24 November Ini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan mengadakan persembahan khas bertajuk Hubbu Rasul pada 24 November 2018 (Sabtu) bertempat di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut bermula jam 8.30 malam.

Hubbu Rasul ini adalah merupakan program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar lslam.

Program ini menggabungkan barisan artis tanah air yang akan menyanyikan lagu-lagu kerohanian mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi serta memuji Allah. 

Bersesuaian dengan temanya iaitu Hubbu Rasul, dua (2) kumpulan nasyid yang popular sekitar tahun 90an, dua (2) orang artis lelaki solo dan artis duo akan mengadakan persembahan pada malam tersebut.

Bagi kumpulan Raihan yang bakal membuat persembahan pada hari itu nanti, mereka cukup teruja apabila diberi peluang tersebut.

“ Syukur apabila DBKL mengambil inisiatif untuk menganjurkan persembahan berkenaan bagi memperingati hari keputeraan Rasulullah.

“Ia sebuah program yang diharap dapat menarik masyarakat kita untuk lebih menyintai Nabi Muhammad menerusi lagu malah kami sendiri sangat teruja untuk membuat persembahan di sana nanti,” kata Che Amran Idris mewakili teman sekumpulan yang lain.

Tambah beliau, persembahan mereka sedikit luar biasa kali ini apabila bakal diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur.

“ Selalunya, kami hanya diiringi muzik orkestra pada persembahan di Indonesia. Jadi, inilah peluang untuk peminat di sini menikmati persembahan seumpamanya.

“Pada malam itu nanti, kami akan akan menyampaikan lagu Ya Nabi Salam Alaika, Thank You Allah dan Ya Rasulullah,” katanya kepada BH Online.

Kumpulan nasyid Raihan turut dianggotai oleh Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim.

Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti Raihan & Rabbani, artis duo Mawi & Daly Filsuf (Ahli Fiqir) serta artis solo seperti Aris Ariwatan & Raqib Majid.

Lebih menarik lagi, persembahan semua artis ini akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur dengan menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal termasuklah gambus, seruling, & percussion dan juga persembahan artis budaya DBKL.

Penganjuran persembahan ini antara lain bertujuan untuk memberi hiburan santai secara percuma kepada wargakota, selain memberi ruang dan peluang kepada artis tempatan membuat persembahan.

Persembahan ini diadakan secara PERCUMA dan semua wargakota dan orang ramai dijemput hadir dan tempat adalah terhad kepada 600 orang sahaja bagi menyaksikan persembahan artis-artis tersebut.

Persembahan khas ini adalah percuma di bawah program ‘KL Rhythm Nitez’ anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENlMAN).

Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat Ianjut dengan melayari laman media sosial lnstagram klcatsevents dan berhubung dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di talian 03-41055442 atau melalui email [email protected].

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 19 Feb 2024

“Saya Selalu Mimpi Anak-Anak Datang Peluk..” – Nadir Al-Nuri

Semoga Allah menjaga dan memelihara saudara kita di sana😥💔

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

‘ Takde Job? Jangan Salahkan Syarikat Produksi’- Lan Siro

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tak gitu?

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Gaya Di KLFW Dikritik, Awal Ashaari Tutup Ruangan Komen

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) sudah pun berakhir pada 12 Ogos lalu. Di sana, kita dapat saksikan ramai jemputan yang terdiri daripada golongan VIP, artis, fashionista dan ramai lagi.  Kehadiran ramai selebriti pada acara […]

Events Mon, 2 Mar 2020

” Saya Terlalu Mahu Memeluk Ashraf” Ibu Ashraf Akui Bagai Terdengar Suara Arwah Di Rumah

Ibu mana yang tidak sayangkan anak sekiranya anak yang dikandungkan 9 bulan itu langsung tidak pernah menimbulkan kemarahannya sebagai seorang ibu. Malah, ibu Allahyarham Ashraf Sinclair sendiri mengakui, kehadiran Ashraf membawa kebahagian buat orang di […]

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

‘ Tak Kisahlah Orang Nak Kata Apa, Janji Anak Kita Happy’, Che Ta Bawa Aaisyah Ke Jepun Sambut Hari Jadi

Happy Birthday, Ecah! Semoga jadi anak solehah dan kebanggaan keluarga di masa akan datang.

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

‘Kalau Orang Lain Boleh, Kenapa Tidak Saya?’…Delimawati Akhirnya Buka Mulut

Saya sahut cabaran diri demi peminat untuk lakukan hal yang saya tidak pernah lakukan.

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Lisa Dan Yusry Nak Anak Lagi?

Semoga yang terbaik buat Lisa Surihani dan Yusry!

Hiburan Mon, 28 May 2018

「万人体育馆开唱」戴佩妮惊:开这么大做么

不常活跃于社交网站的Penny戴佩妮,即将于8月11日回马开唱!近期常被催促开IG帐号,让她满脸疑惑反问:“开IG(演唱会)票就会卖得比较好吗?”