Baru Berkahwin, Penyanyi Lelaki Popular Didakwa Nikahi Isteri Gara-Gara Hamil Anak Luar Nikah?

Baru-baru ini, muncul satu kontroversi yang melibatkan seorang penyanyi lelaki popular Malaysia yang sering menjadi kegilaan ramai.

Memetik laporan BOOM!, penyanyi lelaki tersebut didakwa telah bernikah dengan seorang gadis dan dilihat mereka mengenakan pakaian sedondon berwarna putih apabila melihat daripada kiriman foto yang diterima.

Menurut sumber, gadis yang dinikahi itu bukanlah yang berkecimpung dalam industri hiburan.

Apa yang lebih mengejutkan, penyanyi lelaki remaja itu dikatakan baru sahaja putus cinta malah didakwa berkahwin gara-gara sudah terlanjur.

Akibat keterlanjuran itu, pernikahan itu dilakukan untuk menutup perut gadis tersebut yang didakwa telah membesar kerana hamil anak luar nikah.

Susulan itu, andai dakwaan yang diperkatakan ini betul daripada pemberi maklumat, tidak hairanlah selama ini penyanyi tersebut dilabel sebagai ‘playboy’ oleh bekas teman wanitanya.

Sumber & Kredit Foto: BOOM!

Atiqah Johari