Baru Bernikah, Sasha Saidin Dah Dituduh Perampas

Belum apa-apa lagi, penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin (43) yang menikahi Sirhan Wahab (43), kawan yang dikenali sejak zaman sekolah sudah diselubungi kontroversi apabila ada e-mel yang tersebar sejak beberapa hari lalu menuduhnya sebagai perampas. 

Bukan itu sahaja, penulis e-mel tersebut juga mendakwa Sasha menjalinkan hubungan dengan Sirhan ketika dia masih menjadi suami orang dan Sirhan telah menceraikan bekas isteri kerana ingin berkahwin dengan anggota kumpulan Elite itu.

Selain itu, dia juga mendakwa perkahwinan Sasha dan Sasha tidak direstui keluarga oleh keluarga pengantin lelaki. 

Walau bagaimanapun, Sasha enggan mengambil peduli dengan apa yang diperkatakan olehnya kerana padanya Allah lebih mengetahui. 

“Saya mahu menikmati fasa bahagia yang baru bermula.  InshaAllah, saya akan berhijrah ke Dubai minggu depan mengikuti suami yang bertugas di sana. 

“Saya berterima kasih di atas semua ucapan tahniah dan doa diberi sempena perkahwinan kami.  

“Saya dah suami ingin menjelaskan apa yang tersebar adalah fitnah semata-mata.  Kami tahu siapa yang menulis e-mel dan menyebarkannya. Mudah-mudahan, Tuhan akan memaafkannya,” kata Sasha kepada BH Online. 

Kakak kepada pelakon Zain Saidin ini juga menafikan yang perkahwinan mereka tidak direstui keluarga Sirhan, malah mereka juga hadir pada majlis pernikahan yang berlangsung pada 20 Januari yang lalu. 

“Saya mengenali suami sejak 20 tahun lalu.  Bagaimanapun, hubungan kami mula akrab sejak tahun Jun 2019.  Alhamdulillah, ahli keluarga kami hadir pada hari bersejarah ini.

“Kita hanya manusia dan mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah SWT,” kata Sasha lagi. 

Kredit Foto: Instagram @abpbh_32

 

Del14