Bawa Diri Ke Luar Negara, Penyanyi Kacak Didakwa Putus Tunang Gara-Gara Bernafsu Songsang?

Baru-baru ini, muncul kontroversi yang mendakwa seorang penyanyi lelaki baharu dikhabarkan telah membawa diri ke luar negara.

Malah, penyanyi kacak itu juga telah memutuskan tali pertunangan dengan seorang gadis yang baru sahaja mengumumkan pertunangan mereka pada tahun lalu.

Memetik laporan BOOM!, nama penyanyi bersuara merdu itu mula menjadi siulan apabila menyertai sebuah program realiti nyanyian dan dijangka akan memenangi pertandingan tersebut.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang sudah membawa diri sehingga ke luar negara itu pada mulanya disangka kerana tidak mendapat tempat di tanah air rupanya kerana sudah putus tunang.

Lebih mengejutkan, kata sumber, tali pertunangan penyanyi BBNU itu terputus kerana pihak perempuan mendakwa tunangnya itu bernafsu songsang.

Susulan itu, keluarga pihak perempuan membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan anak perempuan mereka dengan penyanyi itu.

Namun begitu, wartawan BOOM! Ada menghubungi penyanyi itu tetapi dia pilih untuk mengunci mulut mengenai kontroversi yang tersebar ini.

Walaubagaimanapun, penyanyi tersebut mengakui bahawa hubungannya dengan tunangnya itu telah pun berakhir.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari