‘Bayangkan Bulan 10 Baru Ada Projek’- Syazwan Zulkifli Kongsi Alasan Lama Tak Muncul Di TV

Pelakon yang popular dengan watak antagonis, Syazwan Zulkifli mengakui drama Pujaan Hati Kekanda merupakan projek pertamanya sepanjang tahun lepas.

Jejaka berusia 31 tahun yang pernah dikaitkan dengan kontroversi sebelum ini berkongsi mengenainya menerusi laman Instagram, baru-baru ini.

“ Drama Pujaan Hati Kanda adalah drama bersiri pertama saya untuk tahun 2018 dan memulakan penggambaran pada bulan Oktober.

“ Tahun 2018 adalah tahun mencabar untuk saya, bayangkan bulan 10 baru ada satu projek drama rantaian untuk saya,” luahnya.

Akui pelakon yang mula dikenali dalam drama Juvana ini, tiada tawaran sepanjang tahun lalu merupakan faktor tidak muncul di kaca televisyen.

Syazwan turut berterima kasih kepada pihak stesyen televisyen TV3 dan syarikat produksi, Mache All Star United Sdn Bhd yang percaya dengan bakatnya selama ini.

“ Saya anggap ini adalah hadiah dan permulaan bagi untuk saya pada tahun 2019 ini,” katanya.

Jangan lupa tonton lakonan Syazwan sebagai Pali dalam drama Pujaan Hati Kanda setiap Isnin- Jumaat jam 7 malam menerusi slot Akasia. Ish, rasa nak tumbuk je skrin TV setiap kali watak Pali muncul!

SGMS Faida