Natasha Hudson Lepaskan Niqab, Apa Sebabnya?

Tahun baru, azam baru dan mungkin juga penampilan baru buat pelakon yang baru sahaja berkahwin, Natasha Hudson. Kalau sebelum ini beliau dilihat memakai niqab namun kali ini beliau tampil dengan membuka niqab nya itu menerusi gambar yang dimuat naik dia akaun instagram miliknya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, agaknya kenapakah Natasha Hudson membuka niqab nya itu? Menurutnya, menerusi salah satu caption gambar beliau yang dimuat naik menerusi laman sosial itu, Natasha akan mengenakan niqab sekiranya ia menjadi salah satu kewajipan.

Sumber : Instagram @natashahudson

Kalau selama ini Natasha dilihat mengenakan niqab, mungkin ini adalah sesuatu yang baru pada tahun 2019 yang mahu dilakukan oleh beliau. Siapa tahu kan?

Terdahulu, Natasha pernah mengejutkan peminat dan followers beliau apabila mengumumkan beliau kembali solo. Namun, dikhabarkan berkahwin semula dengan usahawan Kelantan pada Disember lalu.

Salma Syahbuddin