Categories: Trending

Kenapa NASA Tarik Balik Kenyataan Tentang Ancaman NT7?

Sebelum ini Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai NASA membuat pengumuman mengenai asteroid gergasi yang dijangka menghentam bumi pada 2019.

Bagaimanapun, ramalan mengenai batuan angkasa dinamakan asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak berkenaan. Sekaligus menimbulkan tanda-tanya apakah NASA cuba menyembunyikan sesuatu?

Menerusi kenyataan yang pernah dibuat terhadulu, batuan angkasa itu bakal memasuki atmosfera bumi pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghentam bumi pada 1 Februari.

Ujar NASA, mereka akan membuat perkiraan semula dan mengesahkan bahawa ia bukan satu ancaman kepada bumi.

Malah kata NASA, ia bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran, dijangka pada 13 Januari ini.

Dalam pada itu, ahli teori konspirasi menyifatkan pihak NASA cuba untuk menutup ancaman berkenaan daripada pengetahuan umum.

Ujar mereka, 2002 NT7 merupakan asteroid yang diklasifikasikan sebagai ‘risiko impak positif’ yang dipercayai bakal menghentam bumi.

Namun, NASA secara tiba-tiba mengumumkan bahawa ia bukanlah satu ancaman setelah perkara itu menjadi topik perdebatan hangat.

Malah sepanjang 2018 sahaja sebanyak 75 video mengenai asteroid 2002 NT7 dimuat naik ke laman Youtube.

Sumber: Daily Star

Sumber Video: YouTube

Yanie Baharom