Categories: Eat Travel

Resipi Mudah Untuk Hidangan Mi Segera Yang Lebih Sihat & ‘Power’

Sejak dulu lagi, hidangan mi segera tidak mempunyai reputasi yang baik. Ia telah dibuktikan boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok dan sindrom metabolik.

Namun begitu, orang ramai masih makan, sebab sedap dan mudah! Anda setuju tak?

Well, memandangkan ia tak bagus untuk kesihatan, kita boleh saja buatkannya menjadi lebih sihat untuk dimakan.

Daripada menggunakan saja perencah yang diberi, gantikannya dengan ramuan yang lebih sihat, seperti sos kicap, sayuran, ikan atau daging tanpa lemak serta telur atau tauhu.

Ramuan ini gerenti akan berikan rasa yang sedap untuk dimakan dengan mi.

Anda boleh gunakan resipi di bawah jika anda teringin nak makan mi segera yang lebih sihat. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan

  • 3 paket mi segera (mi sahaja, perencah tak perlu) (85 gram)
  • 8 cawan air panas mendidih (1.9 liter)
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 biji limau, diperah untuk jusnya
  • ¼ cawan + 1 sudu besar kicap masin
  • 300 gram brokoli, dipotong floret
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 340 gram daging lembu, dipotong nipis
  • ½ biji bawang kuning, dihiris nipis

Hiasan (optional)

  • 2 sudu besar daun bawang
  • 2 sudu besar daun ketumbar
  • 1 ½ sudu kecil biji bijan, dipanggang

Cara Penyediaan

  1. Masukkan mi di dalam sebuah mangkuk besar dan tuangkan air panas ke atasnya.
  2. Biarkan selama 6 minit dan kacau sekali-sekala supaya mi tersebut terurai. Kemudian tuskan dan bilas dengan air sejuk. Letak di tepi.
  3. Untuk sos, campurkan bawang putih, tepung jagung, minyak bijan, jus limau dan kicap masin di dalam sebuah mangkuk kecil. Kacau betul-betul dan letak tepi.
  4. Masukkan brokoli di dalam mangkuk yang selamat untuk dimasukkan di dalam microwave, dan panaskan selama 1 ½ minit, hingga lembut. Letak tepi.
  5. Di dalam sebuah non-stick pan, panaskan 1 sudu kecil minyak zaitun di atas api besar. Masukkan kepingan daging dan kacau dengan 2 sudu besar sos tadi.
  6. Masak hingga daging menjadi perang, selama lebih kurang 2 minit. Alihkan daripada pan dan letak tepi.
  7. Panaskan satu lagi sudu kecil minyak zaitun di dalam pan yang sama, dan tambahkan bawang. Masak dan kacau hingga perang, selama lebih kurang 4 minit.
  8. Tambahkan brokoli dan masak hingga perang sedikit, selama 2 minit. Alihkan daripada pan dan letak tepi.
  9. Masukkan minyak zaitun yang selebihnya ke dalam pan, dan tambahkan mi yang telah dicelur dan lebihan sos. Masak dan kacau selalu hingga mi menyerap sos tersebut.
  10. Masukkan semula sayuran dan daging yang telah dimasak tadi, serta kacau hingga sekata.
  11. Pindahkan mi yang dah siap dimasak ke dalam pinggan hiding dan hias dengan daun bawang, daun ketumbar dan bijan, kalau nak.

Enjoy!

Sumber: Tasty

Ad Ops