Bayaran Rendah Kepada Pelakon Senior ‘Duri Dalam Daging’ Industri Hiburan – Faizal Hussein

Pelakon senior, Faizal Hussein turut mempertikaikan isu bayaran rendah pelakon yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini. 

Jurang bayaran kepada pelakon yang lebih senior berbanding pelakon baru tetapi popular di media sosial yang mendapat jauh lebih tinggi menjadi ‘duri dalam daging’ di dalam industri hiburan.

Bagi Faizal, kualiti lakonan sepatutnya lebih penting berbanding jumlah pengikut di media sosial di dalam soal bayaran. 

“Saya tak gentar langsung mengenai perkara itu kerana yang lebih utama ialah kualiti berbanding jumlah ‘followers’. 

“Paling penting adalah kerja berpasukan, kerjasama, skrip dan naskah itu sendiri,” katanya kepada sebuah portal. 

Pelakon yang mula popular sejak berlakon di dalam filem 80an berjudul Gila-Gila Remaja itu tidak menafikan bahawa isu bayaran tidak setimpal yang dihadapi pelakon senior timbul daripada bajet dari produser apabila stesen televisyen tidak menaikkan bayaran kepada sesebuah produksi. 

“Bukan salah produser juga kalau stesen televisyen bayar sedikit pada produser, jadi mereka tak boleh membayar lebih seperti yang dikehendaki oleh pelakon.

“Oleh itu, mereka akan lebihkan pelakon yang ada bilangan babak yang lebih dan tentulah pelakon-pelakon muda. 

“Jadi, untuk atasi masalah ini, bayaran perlulah selaras!” saran Faizal. 

Nampaknya bukan Faizal sahaja yang menyuarakan pendapat tentang ketidak-adilan dalam soal bayaran.

Terdahulu, pelakon dan pengarah terkenal, Sheila Rusly juga pernah meluahkan soalan bayaran yang diterima oleh pihak produksi yang tidak mencukupi dari stesen televisyen. 

Baca: Beri Bayangan Mahu Bersara…Sheila Rusly Minta Petunjuk

Del14