SEVENTEEN Dan NUEST Tak Mahu Terima Hadiah Daripada Peminat Lagi?

Baru-baru ini, kumpulan K-Pop Korea Selatan, SEVENTEEN dan NUEST secara serentak telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menerima apa-apa hadiah daripada peminat lagi. Eh, kenapa?

Menurut agensi rasmi yang dinaungi oleh kumpulan K-pop ini  iaitu Pledis Entertainment, keputusan ini dilakukan  setelah berbincang dengan mereka sendiri. Mereka memutuskan  untuk tidak lagi menerima hadiah daripada peminat melainkan kiriman  berupa surat sahaja bermula awal tahun hadapan.

Kami sangat menghargai sokongan yang telah diberikan oleh para penggemar  artis naungan kami. Setelah melakukan perbincangan yang mendalam dengan anggota NU’EST dan SEVENTEEN, kami memutuskan untuk tidak lagi menerima hadiah dalam bentuk apapun kecuali surat  secara tulisan tangan mulai tahun 2020,” ujar wakil Pledis Entertainment.

Untuk pengetahuan korang, kumpulan SEVENTEEN bakal  membuat persembahan di Stadium Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 22 Februari 2020 nanti dalam rangka siri jelajah konsert ‘Ode To You’.

Tak sabarnya nak tunggu mereka datang ke Malaysia! 

Syafiqa Irdina