Bayi Lelaki! Anak Sulung Ika Nabella Dan Suami Selepas Tiga Tahun Menanti…

Pelakon, Ika Nabella atau nama penuhnya, Nabila Abdul Rahim (30) telah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang. 

Ika telah berkongsi berita gembira itu melalui posting di akaun instagramnya @ikanabella.

“Alhamdullillah, syukur Ya Allah. My Little Warrior. My Biological Son,” tulis Ika di kapsyen foto itu. 

 

Ika turut berkongsi tarikh dan tempat kelahiran di kapsyennya itu.  Bayi lelaki Ika dilahirkan secara normal dan seberat 3.25 kilogram pada 23 Oktober 2019 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. 

Ruangan komen foto tersebut dihujani ucapan tahniah daripada warganet dan rakan-rakan artis seperti Shakilla Khoriri, Wan Sharmila, Fatin Afeefa, Kaka Azraff, Sherry Ibrahim dan Elfira Loy. 

Ia dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumahtangga pada 30 Julai 2016 dan dikurniakan bayi sulung mereka ini tiga tahun selepas mendirikan rumahtangga. 

Sumber foto: Instagram @ikanabella
Del14