Bekas Isteri Sule Meninggal Dunia

Bekas isteri pelawak terkenal Indonesia, Sule, Lina dilaporkan meninggal dunia, pagi ini. 

Berita mengejut ini disampaikan oleh pengurus pengacara program popular Ini Talk Show, Panji Komara menerusi Instagramnya, hari ini.

“Assalamualaikum. Kabar duka datang dari keluarga besar Rizky Febian di mana ibu tercinta telah berpulang ke rahmatullah pagi hari,” tulis Panji.

Sementara itu, Panji memohon maaf kepada Sule dan anak Sule, penyanyi Rizky Febian kerana tidak dapat menghadiri majlis pengebumian.

Dalam sebuah entri lain, Panji berharap agar Sule dan anak-anak tabah dalam menghadapi ujian Allah SWT ini.

“Sabar ya kalian. Peluk sayang dari jauh. Maaf ga bisa ke Bandung, aku harus menyelesaikan pekerjaan di Surabaya,” tulis Panji.

Difahamkan, Allahyarham pengsan pada jam 4 pagi di kediamannya sebelum dibawa ke hospital Al-Islam. Arwah yang memiliki penyakit darah tinggi dan gastrik dilaporkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi. 

Kredit IG: @yyuli6485

Lina dan Sule berkahwin pada tahun 1997 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Rizky Febrian Adriansyach, Putri Delina Andriyani, Rizwan Adriansyach, dan Ferdinan Ardiansyach.

Pasangan ini kemudian bercerai selepas 21 tahun berkahwin.

Selepas bercerai, Lina dilaporkan berkahwin dengan jejaka bernama Teddy.

SGMS Faida