Bekas Suami Lufya Akui Ada Teman Wanita – “Anak Saya Juga Pernah Berjumpa & Menyenangi Dia”

Bekas suami kepada pelakon, Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz memkalumkan beliau kini dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan indentiti wanita tersebut kerana masih belum bersedia.

Memetik laporan Harian Metro, Che Hafiz juga mengakui mempunyai hasrat untuk membawa hubungan ini ke fasa yang lebih serius apatah lagi, anak perempuannya, Laana Haura, 5, juga cukup menyenangi teman wanitanya itu.

“Malah, anak saya juga pernah berjumpa dan menyenangi teman wanita saya. Rasanya tiada masalah daripada aspek itu kerana semuanya baik-baik saja.

“Cuma buat masa ini, lebih baik perihal itu tidak dikongsikan kepada umum lagi. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi perihal itu,” katanya.

Terdahulu, Che Hafiz pernah terpalit dengan dakwaan cubaan menculik anak perempuannya sekitar Jun lalu bagaimanapun, beliau menolak dakwaan terbabit kerana masih berfikiran waras untuk melakukan perkara sedemikian.

Untuk rekod, Che Hafiz dan Lufya pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan kemudian pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada 17 jun 2020.

 

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin