Categories: HiburanTrending

Drama Sangat XTRA! Memperkenalkan MBuzz, Berita Eksklusif Bulanan Khas Untuk Kaki Drama

Khas untuk semua kaki drama yang tidak pernah lelah menyokong, Drama Sangat XTRA memperkenalkan MBuzz, e-majalah yang memaparkan berita eksklusif bulanan khas untuk anda!

Mengandungi informasi menarik mengenai bintang pujaan yang menghiasi kaca televisyen anda, edisi September 2022 MBuzz memaparkan kisah hero dan heroin Ku Punya Hati, Sharifah Rose dan Nabil Aqil.

Jangan lupa nantikan edisi MBuzz seterusnya Oktober nanti. Agaknya siapakah yang bakal menjadi penghias muka hadapan untuk MBuzz? Sama-sama kita nantikan!

Padin