Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 7, 2024 @ 7:00pm

Belajar Dari YouTube, Puteri Balqis Anggap ‘Speaking’ Dialek British Tak Bongkak

Pelakon remaja, Puteri Balqis menganggap mahir berbicara dalam bahasa Inggeris tidak bongkak, sebaliknya memandang perkara tersebut dari sudut positif terutamanya untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Jelas Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish itu, dia mendapat pendedahan awal mengenai bahasa tersebut sejak kecil oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz, yang membenarkannya menconteng dinding rumah mereka.

“Saya sangat bersyukur sebab setengah orang cakap bahasa Inggeris ni bongkak, tak bahasa ni sebenarnya pendidikan dan ia sangat penting sebab banyak pekerjaan memerlukan kita untuk pandai dalam bahasa Inggeris.

“Tak akan nak pergi Sepanyol cakap Melayu? Jadi memang daripada kecil, saya berulang belajar benda dan topik sama dalam bahasa Inggeris.

“Tahap ibu saya nak ada pendidikan itu, buku macam dekat pasaraya tu dia akan belikan dan suruh saya tulis. Contohnya, abjad A dia akan tulis banyak perkataan bermula dari huruf tersebut.

“Dia akan bagi saya conteng dekat dinding. It was hard, but it was worth it, dan saya masih lagi belajar,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Terlanjur Cinta siaran platform penstriman, Viu di The Agam, Sungai Penchala, semalam.

Sementara itu, ketika disoal bagaimana dia tidak kekok berturut bahasa Inggeris dengan Baik dalam dialek British, Aqish memaklumkan dia hanya belajar menerusi YouTube selain dikelilingi rakan-rakan berbangsa asing.

“Dari kecil saya hanya menggunakan dialek Bahasa Inggeris biasa, tetapi bila dah besar saya explore banyak di YouTube mengenai dialek British.

“Lama-kelamaan saya jadi lebih berkeyakinan untuk bertutur dalam dialek berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Aqish sempat memberi pesanan kepada orang ramai untuk berada dalam persekitaran positif sekiranya mahu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.

“Bila dikelilingi orang yang positif, kalau kita cakap salah pun mereka akan betulkan. Sebenarnya, ia bergantung kepada persekitaran.

“Kalau berada dalam kalangan orang berfikiran negatif, cakaplah Inggeris lancar pun akan dikeji. Jadi, saya teruskan bertutur dalam bahasa Inggeris sebab pendidikan sangat penting,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aqish bakal menjayakan watak utama dalam drama Terlanjur Cinta yang bakal disiarkan di platform Viu sempena Ramadan bermula 14 Mac ini.

Selain Aqish, drama arahan Izuan Mokhtar itu turut menampilkan Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Syafi Tee, Khir Rahman dan Datin Seri Umie Aida.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video GRWM… Puteri Balqis Dedah Pernah Dilabel Pengemis, Bertindak Sekat 300 Komen Hinaan Setiap Hari – “Don’t Be Scared To Blocked This Moron”

Artikel Berkaian: “Talented & Classy” – Izara Aishah Puji Puteri Balqis Pelakon Nombor Satu

Artikel Berkaitan: Didakwa Bergaduh Dengan Qistina Raisah, Ini Respons Puteri Balqis – “Tak Sebut Nama Sesiapa, Kenapa Perlu Play Victim?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Jelas Kelihatan ‘Baby Bump’ Anak Kedua, Netizen Usik Intan Ladyana – “Tak Boleh Nak Cover Dah”

Makin berseri-seri wajah ibu mengandung ni kan.. Semoga dipermudahkan urusan Intan bersalin

Hiburan Thu, 29 Dec 2022

Lucu… Niat Nak Membantu Tapi Tersalah Skrip.. Pandainya Jebat Jayden Berlakon Jual Barang!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh usahawan Noor Nabila di laman Instagram memaparkan anak lelakinya, Jebat Jayden sedang membantunya berlakon untuk mempromosikan barang. Menerusi hantaran tersebut, Jebat yang melihat ibunya sedang menyapu cuba […]

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Siti Sarah Berhijab Diejek Netizen?

Gambar yang menunjukkan Siti Sarah memakai hijab sambil memangku anaknya itu rata-rata mengundang pelbagai komen dari netizen dan followers Shuib yang menegur bahawa dahi Siti Sarah kelihatan agak luas apabila memakai hijab

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Bermodalkan RM 250, Sha Hasan Jadi Jutawan Pada Usia 19 Tahun!

Bergelar jutawan pada usia 19 tahun, Sha Hasan mengaku hanya bermodalkan RM 250 memulakan perniagaan kosmetik sekitar empat tahun dahulu. “ Saya berniaga macam-macam sebelum ini dengan modal yang saya pinjam dengan kakak, saya berjaya […]

Trending Fri, 2 Apr 2021
Featured Thu, 11 Dec 2025

“Tak Ada Agenda Tersembunyi, Hanya Hak Anak & Ibu Bapa Yang Saya Perjuangkan”- Rita Rudaini

Rita berkata, sejak awal lagi fokusnya hanyalah mempertahankan kebajikan mereka yang terkesan dengan isu yang dibangkitkan.

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

陈美娥开拍电影《幸福密码》港星林文龙加盟

「阿姐」陈美娥开拍公益电影《幸福密码》,力邀「型男」林文龙加盟齐献爱心。

error: Content is protected !!