Bella Astillah Menangis Dipeluk Bapa Saudara Video Lama – Wani Kayrie

Penyanyi Wani Kayrie menjelaskan video yang memaparkan pelakon yang juga sepupunya, Bella Astillah pulang ke Sabah bertemu keluarga dan memeluk bapa saudaranya sambil menangis yang tular baru-baru ini adalah video lama.

Menurut laporan Harian Metro, Wani berkata video berkenaan telah dimuat naik semula ke dalam media sosial.

“Video itu sudah lama sebenarnya. Mungkin dimuat naik semula apabila kisah rumah tangga Bella dan suami, Aliff Aziz menjadi bualan hangat.

“Apa yang saya tahu, lelaki dalam video berkenaan adalah satu-satunya bapa saudara Bella. Seperti semua sedia maklum Bella memang rapat dengan keluarganya,” katanya.

Tambah pelantun lagu Kamu Kamu itu lagi, dia memaklumkan bahawa keluarga Bella tidak ramai menetap di Kuala Lumpur di Kuala Lumpur dan kebanyakannya menetap di Sabah.

“Bila kita merantau jauh, apabila dilanda dugaan dan cabaran kita memerlukan sokongan daripada keluarga.

“Ketika itu, kita perlu ‘take a break’ dan berada bersama keluarga. Jadi, saya rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk berada bersama kekuarga di sebalik apa yang dia hadapi ketika ini,” katanya.

Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Awal Mac, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: “Besar Nanti Jadi Anak Yang Baik Ya…” – Nasihat Bella Astillah Kepada Ayden Buat Ramai Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kenapa Nak Boikot? Mereka Berdua Adik Kesayangan Saya” – Ifa Raziah Mohon Doa Baik-Baik Untuk Ruhainies & Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi