Categories: HiburanSelebriti

Pernah Bertindak ‘Censored’ Muka Ruhainies, Jenama Kecantikan Ini Lantik Bella Astillah Jadi Wajah Kempen

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini menjadi wajah untuk sebuah jenama produk kecantikan terkemuka, Kitsui Malaysia.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Bella menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Bella turut menggesa para wanita untuk terus bangkit dan kuat dalam menempuhi pelbagai cabaran.

“Wanita dilahirkan istimewa. Harus tetap kuat meski hampir menyerah, tetap sabar meski hampir mengeluh, tetap jua bangkit meski hampir terjatuh. Jadilah wanita yang lebih kuat untuk kehidupan yang lebih baik,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon, Ruhainies pernah menjadi wajah kepada jenama produk yang sama sebelum kontroversinya ditangkap khalwat bersama penyanyi, Aliff Aziz yang merupakan suami Bella hangat menjadi bualan.

Namun, jenama tersebut telah ‘censored’ wajah Ruhainies selepas terpalit dengan kontroversi terbabit.

Fatin Nurain