Hiburan By: SGMS Enal May 11, 2018 @ 4:02pm

Belum Rancang Tambah Anak, Sabar Ya

Anak pasangan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin baru nak cecah setahun, ada netizen yang dah mula bertanya bila nak tambah cahaya mata. Amboi..

Kata pelakon berusia 35 tahun ini, buat masa ini beliau belum mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata kedua.

“ Isteri saya bersalin secara pembedahan ketika melahirkan anak sulung kami, Syeriv Samheizy, Mei tahun lalu.

“Doktor menasihatkan supaya isteri diberi tempoh dua tahun untuk rehat. Kami serahkan rezeki anak kepada Allah,” katanya di Wangsa Maju, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shaheizy memberitahu dia baru selesai menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 yang dijalankan selama 15 bulan.

“Buat masa ini, saya mahu berehat dari berlakon dan beri tumpuan terhadap keluarga serta perniagaan koleksi baju Melayu sempena Aidilfitri yang tiba tidak lama lagi,” katanya.

Selain itu, pelakon terbabit turut merancang membawa keluarganya bercuti untuk berehat dan melupakan seketika kesibukan bekerja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Mar 2023

“Happy Birthday To Me!” – Syamsul Yusof Enggan Lafaz Cerai, Puteri Sarah Dedah Ibu & Bapa Mentua Ingin Jadi Saksi

Menurut Sarah, Yusof dan Patimah sentiasa berada di sisinya dan tahu apa yang berlaku antaranya dan Syamsul.

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

‘Kejoraku Bersatu’ Bawa Tuah…Apex Dinobat Juara Minggu Ke-5 Mentor Milenia 2019!

“Ini merupakan satu wake-up call untuk kesemua protege yang berada di sini. Tak semestinya anda juara minggu lepas, anda terbaik untuk minggu ini atau minggu yang akan datang. Anda semua perlu berusaha dan sentiasa merendah […]

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Featured Thu, 8 Sep 2022

Digelar Munafik Gara-Gara ‘Senyap’ Isu Konsert Artis Indonesia Ke Malaysia, PU Syed Tetap Dengan Pendirian Mahu Cegah Maksiat!

Mana yang baik kita ambil, jangan sampai kita jadi manusi tidak beradab, ilmu pun tak cukup banyak lagi dek oiii…👀

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Chaleeda Gilbert Lakar Nama di Malaysia

Rocketfuel Entertainment, Chaleeda Gilbert, optimis memulakan langkah menerusi single, Mind Over Matter ciptaan penyanyi rap, SonaOne.