Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2022 @ 6:30pm

Digelar Munafik Gara-Gara ‘Senyap’ Isu Konsert Artis Indonesia Ke Malaysia, PU Syed Tetap Dengan Pendirian Mahu Cegah Maksiat!

Penceramah bebas kontroversi, PU Syed sekali lagi menerima kecaman apabila dikatakan ‘senyap’ dan tidak melakukan sebarang bantahan terhadap artis lain terutamanya dari negara seberang yang bakal datang ke Malaysia untuk melakukan konsert di sini.

Perkara ini dibangkitkan netizen selepas PU Syed bertindak menegur dan menghalang keras konsert kumpulan wanita popular dari Korea Selatan,  BLACKPINK untuk datang ke Malaysia bagi siri jelajah mereka.

Malah, beliau juga dilihat berkongsi beberapa tangkap skrin yang dimuat naik di Instagram rasmi miliknya berkenaan isu tersebut.

 

Bukan itu sahaja, tindakan menghalang dan memberikan teguran berkenaan situasi ini menyebabkan ada segelintir netizen yang sanggup menggelarnya sebagai seorang munafik.

 

Namun, tidak gentar  dengan teguran dan kata-kata makian yang diterima, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak menjelaskan, beliau tidak akan berdiam diri dan tetap akan meneruskan dakwahnya dalam mencegah maksiat supaya masyarakat kita teruatamanya anak remaja tidak terus hanyut dalam dunia hiburan yang melalaikan.

“Baru secebis ejekkan dan cercaan yang diterima… Maka Al-Quran merakamkan perbuatan dan kata-kata umat terdahulu kepada para Rasul yang diutuskan Allah.

“Dakwah dan pencegahan maksiat perlu diteruskan..kita sayang agama yg tercinta ini..agar generasi akan dtg tidak terus hanyut,” tulisnya.

Terbaharu, menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram pendakwah bebas ini, beliau menegaskan akan menyekat dan menghapuskan mana-mana komen netizen yang tidak beradab atau ‘kurang ajar’ bagi mengelakkan perbalahan.

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Haneesya Hanee Bengang Adik Dipanggil ‘Gajah’

Apabila di sekolah dia berkurung di dalam tandas dan tak mahu keluar sampaikan ibu saya terpaksa ke sekolah untuk melihat keadaannya.

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

詹雪琳首推中文流行音产业书!教你如何用音乐找饭吃

Serene詹雪琳推出全球首本中文流行音乐产业书,教你如何用音乐找饭吃!

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Bridal Shower Nelydia Senrose Meriah

Cantiknyaaaa lahaiiii Nelydia nih!

Hiburan Mon, 5 Jan 2026

Janna Nick Tempelak Netizen Komen ‘Jangan Terlalu Berharap Soal Zuriat’ – “Kenapa Manusia Suka Jadi ‘Joy Killer?’

Janna Nick menegaskan dia tidak mahu mendengar pandangan orang luar yang dianggap tiada kepentingan itu

Events Wed, 4 Apr 2018

Follow Malaysia’s Icon of Controversy Nur Sajat in Her Daily Life

Celebrities have just as much troubles as any of us. Check out Nur Sajat’s life here.

Featured Mon, 1 Nov 2021

“Best In The World” – Fasha Sandha Luah Kata-Kata Manis Buat Ibu Mertua

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan perasaannya apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang. Melalui hantaran gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, meluahkan […]

error: Content is protected !!