Categories: HiburanOMGSelebriti

Belum Sempat Ditayang Di Pawagam, SANGKAR Bakal Ada Sekuel?

Filem SANGKAR belum pun memasuki pawagam tetapi sudah ada ura-ura bahawa filem ini bakal ada sekuel. Hebat sangatkah filem ini sehingga belum sempat ditayangkan sudah mahu disambung lagi?

Semalam, rata-rata penonton yang hadir di majlis pra-tonton filem SANGKAR amat berpuas hati dengan filem arahan Khabir Bhatia ini. Malah ada yang sudah membuat andaian bahawa filem ini bakal ada sekuel sementelah tidak puas menonton filem aksi Malaysia pertama yang mengetengahkan aksi MMA (Mix Martial Arts).

SANGKAR juga dilihat teliti garapan aksi MMA kerana turut menampilkan beberapa atlit MMA yang bertaraf antarabangsa seperti James ‘The Sledgehammer’ McSweeney yang sememangnya amat digeruni di gelanggang MMA. Selain Sweeney, Andy Teh dan Peter Davis turut membintangi filem aksi seni mempertahankan diri ini.

Kabarnya, Zul Ariffin juga pernah hampir lunyai dibantai gergasi MMA ini.

“James ‘The Sledgehammer’ McSweeney ni memang macam gergasi tapi saya tidak gentar untuk berlawan dengannya apatah lagi Sweeney sendiri telah melatih saya sebelum penggambaran,” ujar Zul ketika ditanya mengenai pengalaman beliau menentang McSweeney di dalam filem SANGKAR.

“Kalau nak tahu macam mana saya hempuk gergasi ni, jangan lupa ke pawagam 29 Ogos ni. Mungkin selepas menonton, ada yang tak sabar nak jadi atlit MMA pulak.”

Berbalik kepada isu adakah filem ini bakal mempunyai sekuelnya, jangan lupa saksikan SANGKAR di pawagam berdekatan bermula 29 Ogos 2019 untuk anda menilainya sendiri! Sesungguhnya, SANGKAR memang tidak mengecewakan!

SGMS Putri