Categories: HiburanSelebriti

Tahniah…Nina Iskandar Bakal Jadi Ibu!

Pelakon Nina Iskandar mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama.

Menerusi laman Instagram, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi memilih hari Jumaat sebagai hari yang barakah untuk memaklumkan berita gembira ini.

“Bismillahirrahmirrahim. Masa berlalu sangat cepat dan banyak hal terbaik berlaku dalam hidup saya. Syukur Alhamdulillah, suami dan saya mengumumkan kami bakal menerima orang baharu yang kini dalam perjalanan. 

“Terima kasih atas semua doa kalian. Jumuah Mubarakah,” ucapnya syukur.

Rata-rata pengikut Nina meninggalkan komen dengan ucapan tahniah kepada pelakon yang berasal dari Brunei itu.

Pelakon Nina Iskandar selamat bergelar isteri kepada penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada April lalu.

Semoga dipermudahkan urusan sepanjang tempoh hamil. Tahniah Nina dan suami!  

SGMS Faida