Categories: HiburanSelebriti

Kritikal Di Hospital, Doakan Atuk Haziq Hussni…

Penyampai radio Haziq Hussni memaklumkan datuk tersayang, Muhamed Hassan Mohd Din kini terlantar di hospital.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Haziq memohon agar orang ramai mendokan kesihatan datuknya yang kritikal. 

“Doakan kesihatan dada (atok) saya Muhamed Hassan bin Mohd Din.

“Keadaan dia agak teruk sekarang ni. Semoga dada kembali sihat.

“Hari sabtu ni birthday dada yang ke 80 tahun,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti tidak putus mendoakan semoga datuk Haziq cepat sembuh.

SGMS Faida