Bengang Punya Pasal, Aziz M Osman Label Netizen ‘Bodoh Sombong’?

Walau pun sudah ada platform tayangan percuma pun, masih ada segelintir warganet ‘bodoh sombong’ tidak bertanggung jawab mengamalkan cetak rompak.

Situasi itu dikongsikan pengarah filem XXRay 3, Aziz M Osman di media sosial apabila seorang warganet ‘kantoi’ berkongsi link filem itu di laman Facebooknya sejak beberapa hari lalu.

“Tak paham, iflix.my dah sajikan #xxray3 secara percuma tapi masih ada yg buat amalan ‘cetak rompak’. Masa depan kita masih samar,” tulis Aziz ringkas di laman Facebook dan Twitter miliknya.

Beberapa pengikut laman sosial menyarankan Aziz untuk mengambil tindakan undang-undang selain menyaman pemilik akaun Facebook itu.

“Itulah masalahnya mentaliti penonton Malaysia yang ‘original’, halal, percuma tapi nak juga yang haram, tiruan,” tulis pemilik akaun Facebook bernama Zaharuddin Md Desa.

“Saman sebagai pengajaran nanti menangis tak berlagu, lepas tu cakap dengan dia ‘malu ape bossku’,” tulis pemilik akaun Facebook bernama Nakajina Zen pula.

Ada juga pengikut laman sosial Aziz menyarakan pihak penerbit saman RM30 juta sebagai pengajaran.

Bagaimana pun, pemerhatian XTRA mendapati pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Hafizi Torres itu dipercayai telah menukar akaunnya kepada mode privasi selain menukar namanya.

Malah, ada warganet mendakwa individu itu telah memadam perkongsian filem itu selepas mendapat kecaman daripada masyarakat.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida