Beraninya! Duyung ‘Pondan’ Viral, Siapa Dia?

Beberapa gambar termasuk video persis duyung dimuat-naik ke laman Instagram milik @beby_maembong menimbulkan kekecohan di kalangan netizen hujung minggu lalu.  Kecaman dan serangan dengan kata-kata melampau menerjah laman sosial milik individu ini.

 

Siasatan xtra.com.my menjengah laman peribadi @beby_maembong, yang rupanya merupakan kakak kepada aktres Emma Maembong dan Chacha Maembong. Dan beliau mempunyai alasan tersendiri untuk tampil dalam sesi fotografi dengan sosok seekor duyung.

Sebelum itu, korang tengoklah sendiri kecaman netizen yang ‘menghiasi’ laman sosial milik wanita berusia 29 tahun ini!

Rupanya, wanita yang memiliki saiz pinggan 23 inci dengan 4 orang anak ini (wah!) mengamalkan pemakaian bengkung jenamnya sendiri, Slimdollz selain minuman diet Bebydollz Chocolate Slim. Dan tindakannya adalah semata memenuhi tuntutan fotografi bagi siaran artikel di Harian Metro!

Nah, lain kali siasat dahulu sebelum terjah! Kami di xtra.com.my memang respect lah keluarga Maembong ni, semuanya berjaya dalam cara tersendiri!

Salma Syahbuddin