Hiburan By: Khairil Khusyairi October 19, 2022 @ 6:10pm

“Berdiam Itu Lebih Baik” – Umie Aida Mohon Bersangka Baik, Harap Isu Maula Diselesaikan Cara Baik

Pelakon Datin Seri Umie Aida meminta semua pihak bersangka baik dengan kehadiran individu yang didakwa merupakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW iaitu Maula Muhammad Amin Al-Idrisi.

Umie juga berkata tidak mempunyai kesalahan untuk menyantuni tetamu dan berharap isu Maula ini dapat diselesaikan dengan berhemah.

“Bersangka baik dalam setiap aturan Allah SWT.

“Tidak ada salahnya untuk kita menyantun tetamu dengan mengadakan majlis Maulid. Dengan berkat majlis Maulid Allah berikan taufiq dan hidayah buat kita semua.

“Semoga isu Maula ini diselesaikan dengan cara berhemah. Apa yang tak molek didengari… serahkan segalanya pada Allah SWT,” tulis Umie.

Dalam pada itu, Umie juga memohon semua berhenti menyebar sesuatu yang belum dipastikan kesahihannya.

“Hentikan menyebar sesuatu yang kita tidak pasti. Berdiam itu lebih baik,” pesannya.

Menerusi hantaran di Instagram Stories itu juga Umie turut berdoa agar Allah memelihara hati dari sifat menghina dan berharap semua dapat mencontohi akhlak baginda.

“Semoga Allah pelihara hati kita semua dari sifat menghina hambaNya.

“Berkat bulan Maulidur Rasul, semoga dapat kita contohi akhlak baginda,” tutupnya.

Baru-baru ini Umie Aida membuat perkongsian di media sosial mengenai pertemuannya bersama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Umie Aida turut menitipkan harapan agar dapat diberikan rezeki untuk bertemu lagi dengan Maula Muhammad Amin kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Habib Lempar Duit Pada Jemaah, Umie Aida Bagi Penjelasan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Nov 2020

Lagu Cinta Kita 2: Peserta VS Komen Juri? Jom Recap Episod 1!

Wow! Tak sabar nak tunggu minggu depan

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Trending Thu, 11 Jan 2018

IKEA杂志广告能验孕?准妈妈才能有的隐藏折扣

一向非常「广告正确」的居家业者IKEA,近期以一则创新的「测试折扣」又引起大众关注!在一页广告IKEA所生产的婴儿床图案下方,竟然可以验孕,且只要检测为已怀孕,上方将浮现折扣的惊喜价。

Featured Fri, 13 May 2022

“Mungkin Dia Malu Kot…” – Lelaki Berbaju Melayu Curi Kondom Di Kedai Serbaneka

Alamak… 1 Syawal dah macam-macam hal eh! Habislah lepas ni baju Melayu merah kena blacklist 😂

Hiburan Wed, 2 Jan 2019
LIFESTYLE Fri, 16 Nov 2018

20 Tahun Berkahwin Masih Romantis, Apa Rahsia Mustapha Kamal?

Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli Syurga suamimu maka kamu juga ahli syurga. Begitulah sebaliknya…

Featured Tue, 19 Jul 2022

Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

“Berkenalan sejak Mei lalu. Mangsa dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim..” – Timbalan Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi

#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

Jarak Usia 9 Tahun, Dai Syed Bergelar Suami Hana Ismail Dengan Sekali Lafaz

Pendakwah selebriti, Dai Syed, 27, sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pengacara televisyen, Hana Ismail, 36. Majlis akad nikah dijalankan di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11.40

| Live TV