Bergelar Isteri Akauntan, Hanna Aqeela Rupanya Dah Kahwin Semenjak…

Pelakon Hanna Aqeela berkongsi berita gembira sudah bergelar isteri kepada seorang akauntan, Muhammad Farid Sakri sejak 13 Mei lalu.

Menurut Hanna, mereka akhirnya sah bergelar suami isteri selepas menjalani hubungan jarak jauh (LDR) bersama kekasihnya selama tiga tahun.

“Alhamdulillah…Kami sebenarnya sudah bercinta hampir lapan tahun dan berdepan dengan LDR selama tiga tahun akibat pandemik. Akhirnya kami disatukan dalam satu ikatan perkahwinan.

“Suami saya bekerja di Labuan, jadi kami buat masa ini terpaksa berjauhan seketika. Sekiranya dipermudahkan nanti, Insya-Allah… suami saya akan berpindah ke Kuala Lumpur,” kata Hanna.

Pelakon jelita itu turut menjelaskan bahawa dia dan suaminya merancang untuk berkahwin selepas keadaan negara kembali reda daripada Covid-19.

“Saya dan suami merancang untuk berkahwin setelah keadaan kembali reda apabila negara berdepan dengan Covid-19. Kami menikah pada 13 Mei lalu disaksikan 100 tetamu manakala majlis resepsi pula keesokkan harinya di lokasi yang sama,” jelasnya.

Selain itu, Hanna turut memaklumkan bukan mudah untuk menjalani hubungan jarak jauh namun kepercayaan itu dibina setelah bertahun-tahun bercinta.

Mememtik laporan Harian Metro, Hanna turut berkongsi tema majlis perkahwinannya yang diidamkan sejak dulu lagi berjaya dilaksanakan.

“Saya sudah lama mengidamkan untuk berkahwin dengan tema ‘ala ala garden’ tetapi memandangkan cuaca di Malaysia ini tidak menentu, jadi saya membawa ‘outdoor’ itu ke ‘indoor’.

“Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan segalanya berjalan mengikut perancangan,” kata Hanna.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain