Bergurau Tak Kena Tempat, Kan Dah Kena Tangkap!

Gara-gara nak bergurau tapi tak kena tempat, seorang Instafamous ( selebriti media sosial) ditahan Polis.

Tindakan gadis berusia 20 tahun ini yang menyanyikan lagu kebangsaan dengan pergerakan tangan seperti konduktor muzik dianggap sebagai ‘menghina’ lagu kebangsaan.

Pemilik nama Yang Kaili atau lebih dikenali sebagai Li Ge telah dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang Lagu Kebangsaan China.

Bukan itu saja, malah platform live-streaming, Huya telah memadamkan video itu selain menyekat saluran gadis terbabit.

Jabatan Polis Shanghai dalam satu kenyataan memaklumkan Kaili telah melanggar Undang-undang Lagu Kebangsaan China.

“Lagu kebangsaan adalah simbol negara, semua rakyat perlu menghormatinya dan menjaga martabatnya,” jelas jurucakapnya.

Walaubagaimanapun, Li Ge telah memohon maaf atas tindakan tanpa sengajanya itu. Lain kali jangan buat lagi ok? – Agensi

SGMS Faida